7/5/08

Rumah Bruce Lee jadi muzium

HONG KONG 3 Julai - Pemilik rumah agam pelakon terkenal, Bruce Lee membatalkan hasrat untuk menjual rumah tersebut, sebaliknya bercadang menjadikannya muzium bagi mengenang legenda kung fu itu.
Dermawan yang juga jutawan terkenal, Yu Panglin telah membeli rumah berkenaan pada lewat 1960-an pada harga AS$109,000 (RM348,800).
Beliau sebelum ini telah menawarkan hartanah itu untuk dijual namun membatalkan hasrat tersebut setelah mendapat desakan daripada peminat legenda itu.
"Saya akan menimbangkan semua pandangan masyarakat dan peminat beliau (Bruce Lee), malah bersedia untuk menyumbangkan hartanah ini jika majoriti beranggapan kita semua patut memeliharanya sebagai tanda kenangan di atas kehebatannya (Bruce Lee)," kata Panglin.
Pada asalnya, Panglin bercadang untuk mendermakan separuh hasil jualan rumah tersebut kepada mangsa gempa bumi di wilayah Sichuan. -utusanonline


nalzarema ~ he's a martial art legend dowh. waachhhhaaaaaaaaa!

2 comments:

Syahir the Owl said...

Bruce Lee memang kuat kung fu! Filem nya banyak yang bagus2 bro! Hiyaakk!!!!

aie said...

update la blog ni setan

penuh dgn iklan je aku tgk