7/5/08

Minyak oh minyak.. kenapa engkau mahal?


wallaweh!

berikut adalah diantara punca-punca kenaikan harga minyak dunia untuk pengetahuan kita bersama:

1) Mainan politik minyak dunia oleh Amerika Syarikat. Punca utama adalah melalui serangan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq. Akibat daripada peperangan itu, keadaan ekonomi semasa seluruh dunia menjadi tidak menentu sehinggalah ke hari ini dimana semua harga barang keperluan naik mendadak.

2) Pengurangan aktiviti eksport daripada negara-negara pengeluar minyak dunia seperti India dan Arab Saudi. Ini kerana mereka ingin menumpukan perhatian kepada aktiviti pengeluaran minyak domestik yang semakin berkurangan dan permintaan yang semakin tinggi. Disebabkan itu, ia telah mengakibatkan berlakunya pengurangan pengeluaran minyak kepada negara-negara lain seluruh dunia dan disinilah berlakunya kenaikan mendadak harga minyak dunia. (high fuel demand, low fuel supply) Keadaan ini telah memaksa kerajaan bagi setiap negara (termasuk Malaysia) menaikkan harga minyak bagi menampung kos yang begitu tinggi.

3) Spekulasi politik antarabangsa. Yang terbaru, spekulasi mengenai Israel yang akan menyerang Iran dengan sokongan pihak AS. Ini bakal memberi impak yang besar kepada ekonomi dunia dimana negara Iran (yang kaya dengan hasil minyak) bukan sahaja handal di dalam sistem ketenteraan, malah mereka juga menjalinkan hubungan perniagaan antarabangsa yang baik dengan negara-negara besar dunia seperti Rusia, China, Jerman dan sebagainya. Pendek kata, selepas AS, Iran adalah negara kedua yang mempunyai pengaruh serta kuasa yang besar. Oleh itu, anda fikirlah sendiri mengapa AS beriya2 mahu menggunakan Israel untuk menyerang Iran.

4) Kepelbagaian masalah teknikal syarikat2 pengeluar minyak. Saya tidak berapa ingat bila perkara ini terjadi tapi ianya berlaku sekitar sebulan dua yang lepas, dimana ada syarikat minyak (milik negara Mexico) telah menghentikan sementara operasi pengeluaran minyaknya berikutan berlaku masalah kebocoran serta pertumpahan minyak di tapak pemprosesan minyak mereka. Disebabkan itu, harga minyak dunia pada masa itu juga telah meningkat dengan mendadak. (Maafkan saya kerana tidak dapat memberikan fakta yang agak tepat dari segi masa dan tempat berlakunya kes ini).

Kesemua punca-punca ini adalah berdasarkan fakta yang saya peroleh melalui akhbar2 serta majalah dan ianya bukanlah rekaan semata-mata. Ada banyak lagi punca-punca yang belum diketengahkan dan Insya-Allah saya akan cuba mencari seberapa banyak lagi bahan2 ini untuk tatapan kita bersama.




Rumah Bruce Lee jadi muzium

HONG KONG 3 Julai - Pemilik rumah agam pelakon terkenal, Bruce Lee membatalkan hasrat untuk menjual rumah tersebut, sebaliknya bercadang menjadikannya muzium bagi mengenang legenda kung fu itu.
Dermawan yang juga jutawan terkenal, Yu Panglin telah membeli rumah berkenaan pada lewat 1960-an pada harga AS$109,000 (RM348,800).
Beliau sebelum ini telah menawarkan hartanah itu untuk dijual namun membatalkan hasrat tersebut setelah mendapat desakan daripada peminat legenda itu.
"Saya akan menimbangkan semua pandangan masyarakat dan peminat beliau (Bruce Lee), malah bersedia untuk menyumbangkan hartanah ini jika majoriti beranggapan kita semua patut memeliharanya sebagai tanda kenangan di atas kehebatannya (Bruce Lee)," kata Panglin.
Pada asalnya, Panglin bercadang untuk mendermakan separuh hasil jualan rumah tersebut kepada mangsa gempa bumi di wilayah Sichuan. -utusanonline


nalzarema ~ he's a martial art legend dowh. waachhhhaaaaaaaaa!