9/19/09

Salam Aidilfitri



Ye gua tau gua dah lama tak update blog
semuanya diatas sebab tertentu yg sukar untuk dielakkan
tapi gua akan coba sedaya upaya kembali ke arena blogging dari masa semasa

InsyaALLAH

Sempena bulan mulia ni, gua ingin amik ksempatan utk mngucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan MAAF diatas segala salah dan silap
Moga korg suma sentiasa dirahmati dan berbahagia di hari lebaran ini

InsyaALLAH


8/25/09

Ramadhan tiba lagi


Alhamdulillah Ramadhan yang dinanti nanti tiba lagi..
tak terlewat lagi rasanya untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam dan korang yang lepak2 kat blog aku ni.. tima kasih banyak2

Moga Ramadhan ni kita dapat sama2 tingkatkan amal ibadat sebab bulan ni jela bulan untuk kita dapat pahala extra dan lebih daripadaNya. Jangan sia2 kan peluang ni!

minta maaf jika ada terkasar bahasa/terkurang/terlebih sepanjang kenal korang suma yea :-)

*kepada yg berkemampuan, zakat jangan dilupakan*
sekadar peringatan bersama :-)

8/13/09

Pergi Tak Kembali - Al-Fatihah



Pic from : asrirabbani.blogspot.com

Agak terkejut dan terkedu jugak dengar berita dari Buletin 1.30 Tghari tadi (sambil mgadap laptop) tentang perginya sorang lagi pertama seni yang selalu berjuang menaikkan martabat Nasyid dan Islam di negara ini.

Al -Fatihah buat Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani yang telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas rebah ketika berada di sidang media untuk program 'Syahadah' di Angkasapuri.

Sekali lagi, pemergiannya akibat serangan sakit jantung, sama seperti arwah pakcik Busu ku (Abdul Aziz Samad) yang juga pulang kerahmatullah pada 29 Julai yang lepas. Sedih tak hilang lagi nih, dengar pulak cerita ni.. :-(


Apepun kita sebagai hambaNya, perlu lah terima segala Qada' dan Qadar, sentiasa dekatkan diri denganNya, dan doakan mereka ditempatkan dalam golongan orang2 yang beramal soleh dan beriman. InsyaAllah.

Terima Kasih Allah, kerana kurnia kan kami seorang pendakwah yang tak putus2 memartabatkan syiar Islam dan sentiasa menyedarkan kami daripada terpesong di dalam dunia yg sementara ini.

p/s: teringat lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian arwah.

8/11/09

Makin hari makin naik. Apa cerita?



dunia sekarang tengah bergelut dengan bermacam2 masalah. Tak kisahla daripada politik, jenayah, masalah rumahtangga, sosial dan macam macam lagi. Tapi masalah yang merunsingkan kepala aku skrg ialah influenza H1N1 tuh.

Aduh.. mula2 ingat benda ni xlah serius mana. Takat demam biasa ke, batuk ke, dah jadi rutin harian suma orang utk pergi amik antibiotik, atau telan panadol terus. Tapi kali ni lain. Bukan takat demam biasa je boleh kena virus tuh. Ko bersin kuar hingus pun boleh jadi dow!



Ramai jugak member aku kena simptom2 ni akhir2 ni. Termasukla tunang aku yang baru2 ni terpaksa MC dan balik dari JB gara2 ada simptom virus tuh. Alhamdulillah pas checkup kat Hospital Putrajaya, doktor GATAL yang merawat dia tuh kata xde pape. time kasih la doktor. Kalu da gatal tuh garuk la badan sendiri.

Korang pun tau la kes virus nih dah tarik berapa puluh nyawa stakat ni kat Malaysia (setakat hari ni dah 38 beb!). Makin hari makin naik. Cuak dow aku dengar hari hari berita cerita pasal statistik nih. Korg pun dah tau langkah2 pencegahan. So, Bertindak lah dari awal if korg rasa2 x sedap badan ke, nak demam ke, dan sebagainya. Jangan lambat2 nanti menyesal tak sudah.

Sekadar peringatan bersama.


P/S: gua dari hari tu sampai skrg x dapat2 nk beli mask tuh! merata dah cari x abis2 out of stock! sape2 yang ada lebih sudi2 lah menderma :-)

8/7/09

Hani's Big Day


Wedding Reception of Hani Raihani and Afnil Syahriwan
Location: Dewan Risda, Ampang KL
Date: 2nd August 2009


Hani ni member se Universiti aku dulu. Kat Segamat dia amik DBS, then sambung kat Shah Alam. (x sure amik course ape hehehe sori ;p)

anyway, sorang lagi kawan ku dah memasuki alam rumahtangga.. Alhamdulillah.. memang sekarang ni musim generasi baya2 aku ni berkahwin or bertunang (termasuk la aku skali hehe)

Weddind ni berlangsung di Dewan Risda (actually Dewan ni tempat cousin2 aku kawen, so mmg tau sgt la tempat ni).. makanan pun best2 belaka.. I was quite impressed with the hall decoration and pelamin, mmg cun.. cuma.. hehe panas sket la time tu Hani.. berpeluh peluh eden.. dengan Im dan Scott hari tu.. tapi ape pun, you guys rockkk! :-)


Congratulations, both of you... !
Thanx for inviting :---)


www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan

8/6/09

Engagement Day




Alhamdulillah, 25 Julai lepas, adalah tarikh gua mengikat tali pertunangan bersama tunang tercinta, Asha di rumahnya (Kajang). Syukur majlis berjalan lancar dengan kehadiran sedara mara dan rakan rakan yang memeriahkan majlis..

Sebahagian daripada hantaran pihak lelaki (biru) dan perempuan (pink)



Rakan rakan, Adik beradik dan saudara mara yang hadir.. terima kasih!


Sori sangat2 kepada rakan rakan yang tidak mendapat invitations or tidak tahu menahu mengenai majlis ini.. InsyaAllah di majlis besar nanti, akan dijemput semua rakan rakan untuk hadir! WAJIB! heheheh

Special thanx to Aie (photograher of the day), Ecah (Cupcakes) and to all families and friends..
Doakan kami yea.. :-)

www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan

PapaBear's Birthday


Ini pula sekitar Birthday my brother adi hariez dan juga ahmoi ahmed Alice May di Lookout View, Ampang, 10th July 2009. It was a great and enjoyable moment, with great food, and great friends :-)

Happy Birthday to both of you and God Bless!

Alex's Birthday


Sekitar aktiviti terpekik terlolong di Neway, Subang Jaya sempena birthday Alex yang ke 25.

Happy Birthday Alex, Moga diberkati dan ceria selalu.

Amin

Andalushisha




gua ada satu port baekkk punya utk lu orang layan shisha.. tempatnya di Restoran Andalus, belakang Yow Chuan Plaza, KL. Memang ni kedai Arab2 n Middle East sket. So feel dia lain la

Murah pun murah (RM6 jer) dan siap ada cushion2 lagi utk korang terbaring terlentang kat sana (but make sure korg pilih port kat atas beranda lar - tingkat atas)



ha ape tunggu lagi? mai sebotol!

www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan

July - Penuh ceria dan duka

Salam to all bloggers.. sori lama tak update since macam2 perkara terjadi di bulan ini.. huhu agak bizi jugak sket..


nway model di bawah bernama Jasmin, awek kepada kawan ku kpoe @ aie @ hasreezan @ thoironababil. sesi ni berlangsung sempena mempelajari selok belok mengambil gambar dengan lebih teratur.. ha enjoy da pics lar (x banyak pon huhu)



Tabik spring kepada anda semua atas segala ilmu yang diberi. Moga berkat selalu.

Amin

Tengkiu Aie Ecah Botak Min


www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan

7/16/09

Krusty Krab Island



ASSALAMUALAIKUM bloggers sekalian


ape habaq suma? moga sihat sejahtera semuanya.. aminn..
aiseh baik pulak aku kali nih..
anyway hari tu la sempat jap g outing (last minute decision) bersama kroni2 lain yang
available dan xde keje yang buat ..
dimana kami telah bersama2 ke pulau ketam (somewhere di daerah selangor aku x hengat kat mana) untuk bersiar2 dan mencari pasal..


Perjalanan ke sana adela dekat sejam lebey dan kena naik feri untuk ke destinasi tersebut
(chesss tiket feri RM14 return!)
hurmm sesampai di sana dah panas terik..
dan aku not in a mood sangat la nak shoot since perut tengah lapar gler n panass...


hurmm.. nothing much there actually.. lagipun mmg port kaum cina dan kebanyakan kedai pun mereka punya.. termasuklah kedai makan!
alkisahnya kami pun makan la disana dengan hati dan niat yang YAKIN SEYAKIN YAKINNYA demi melindungi perut daripada mengalami pedih ulu hati..
dan makan di sana memanglah sangat mahal! (DAN X BERAPA SEDAP)
Bihun goreng ketam + Teh o Ais + Ais Kosong = RM17.00



Memang dorg kata sana menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama untuk bergerak..even korg boleh rent basikal untuk jalan2 sekitar pulau tuh..



One thing best kat sana, ialah terdapat banyak spesis2 ketam laut (dah nama pun Pulau Ketam) dan juga pemandangan laut yang santek.. (dapat sunset mesti best) dan juga banyak bangunan2 berelemen kan budaya cina seperti tokong2, tokong2 dan sebagainya (haha x tau nak ckp ape lagi)



So to u guys yang nak bersiar2 dan kebosanan di siang hari, nak makan ketam, naik feri dan sebagainya, datangla ke Pulau Ketam.. Make sure bawak air serta makanan yang mencukupi :--)



Sekian untuk entry kali ini

www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan