7/10/09

Macam Macam lah!


keboringan aku sepanjang tiga hari berturut turut xde kelas baru baru ni terubat la sikit dengan ajakan daripada Alex untuk tengok recording Macam Macam Aznil musim baru akan datang.. Dapat access masuk since Kak Long dia kerja kat sana under program tu punya production. Khabarnya show tu akan on air pada bulan Ogos nanti (time puasa)


Di studio selepas habis recording


Faham2 la kalu dah tgk show tu, memamg tak penah kering gusi la. Apetah lagi kalau tengok life. Memang nak pecah perut aku n alex gelak sepanjang recording tu yang mengamik masa lebih kurang 2 jam lebih. Dengan kepetahan dan kebolehannya menghidupkan suasana ceria sepanjang masa tu, sememangnya Aznil layak digelak pengacara no 1 Malaysia.


Part paling best, Aku kena tarik oleh Aznil untuk segmen 'Mari Berdebat'. Memang hampeh aku lak yang kena! Artis undangan masa tu Watie Elite n Bob AF. So aku partner dengan Bob dan Watie partner dengan another female audience untuk berdebat pasal ' Lelaki atau Perempuan yang lebih setia'. So aku mewakili lelaki kena defend la lelaki yang lebih setia. Memang kecoh, haru biru, dan tunggang terbalik stage tu since masing2 x nak kalah! hahaha final result Team perempuan la memang since audience majoriti pompuan kan (haihhh)

Kualiti imej tidak berapa memuaskan (amik pakai camera henpon murah jer)


Lagi satu citer best, member aku Alex pon kena tarik Aznil untuk game ape tah nama dia aku x igt. Tapi game tu memang cam haram lawak dia n kalu korg nak tengok mulut alex jadi kiut miut cam mintak kena cium, tonton lah MMA nanti k.. hahaha

anyway it was a good and interesting activity la bagi aku.. sekali sekala gelak sakan pe salahnya.. lagi pun lama dah x gelak sakan..hahahahahaha
Jangan lupa tonton Macam Macam Aznil bulan Ogos nanti (tarikh n time xtau la plak) k!

www.flickr.com/photos/nalzarema
www.friendster.com/amerazlan