8/13/09

Pergi Tak Kembali - Al-Fatihah



Pic from : asrirabbani.blogspot.com

Agak terkejut dan terkedu jugak dengar berita dari Buletin 1.30 Tghari tadi (sambil mgadap laptop) tentang perginya sorang lagi pertama seni yang selalu berjuang menaikkan martabat Nasyid dan Islam di negara ini.

Al -Fatihah buat Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani yang telah kembali kerahmatullah kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas rebah ketika berada di sidang media untuk program 'Syahadah' di Angkasapuri.

Sekali lagi, pemergiannya akibat serangan sakit jantung, sama seperti arwah pakcik Busu ku (Abdul Aziz Samad) yang juga pulang kerahmatullah pada 29 Julai yang lepas. Sedih tak hilang lagi nih, dengar pulak cerita ni.. :-(


Apepun kita sebagai hambaNya, perlu lah terima segala Qada' dan Qadar, sentiasa dekatkan diri denganNya, dan doakan mereka ditempatkan dalam golongan orang2 yang beramal soleh dan beriman. InsyaAllah.

Terima Kasih Allah, kerana kurnia kan kami seorang pendakwah yang tak putus2 memartabatkan syiar Islam dan sentiasa menyedarkan kami daripada terpesong di dalam dunia yg sementara ini.

p/s: teringat lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian arwah.