7/3/10

Amer Asha : The Solemnization

As Salam, dan Salam World Cup pada semua,

Alhamdulillah, selalu aku shoot tunang or wedding orang, kali ni aku plak yang kahwin.Alhamdulilah jodoh aku dan isteri (Asha) kekal sampai ke jinjang pelamin. Moga kekal ke ahir hayat hendaknya. InsyaAllah Amin.

Majlis Nikah selamat berlangsung pada 4 Jun 2010 di Taman Delima, Kajang diikuti majlis berinai.Majlis bersanding pihak perempuan pula selamat berlangsung pada 5 Jun 2010. Tema masa tu Deep Purple (ehehe)

Majlis bersanding pihak lelaki pula selamat berlangsung pada 6 Jun 2010 di Kampung Pengantin, Setapak KL dan 12 Jun 2010 di Promenade Hotel Kota Kinabalu (Resepsi Sabah).


Alhamdulillah, Syukur dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah kami berdua. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalas segala jasa baik anda semua.


Gambar sekitar majlis Perkahwinan Amer & Asha
(Courtesy of Muhamad Hasreezan dan Nazmi Muhammad)

Alhamdulillah, Terima Kasih Semua!

5/27/10

MBA Graduation Day



Tarikh: 20 Mei 2010
Venue: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Salam bloggers semua
rasanya dah dekat sepuluh tahun gua x update blog nih.. bersawang2 dah jadinya adoyai

entry kali ni gua nak share with u all semua sekitar majlis graduasi MBA gua yang berlangsung pada 20 May 2010 yang lepas. Kali ni gua bangga sebab Agong woo yang bagi. huehue


Alhamdulillah segala penat leleh masa stadi dulu terbayar dengan majlis graduasi ni. Syukur tak terhingga kepada Allah SWT kerana memberi peluang utk gua complete MBA ni. dan juga bagi semangat untuk abehkan blajar eventhough banyak main. huehue


Terima kasih pada keluarga (abah, ibu, ipi, iwan dan asha) yang banyak bagi support selama ni. Tak lupa juga para pensyarah dan juga rakan2 seperjuangan. Tanpa anda semua, xkan ada majlis penganugerahan ini. Terima Kasihhh :D

3/1/10

Wedding Nadia & Irwan



Date: 21 Februari 2010
Venue: Sepang



Alhamdulillah sorang lagi member seperjuangan di U dulu dah naik pelamin. Tahniah buat pasangan Nadia Nadira dan Mohd Irwan. Dorang tunang Disember 09 hari tu. Tapi kawin lagi awal dari aku.. hahaha


Juru solek professional hari tu tak lain tak bukan, ialah Ady daripada Tepak Seri. Memang cun dan santek dia make over nadia nih. Untuk keterangan lanjut, bolehla layari blog beliau di alamat http://www.tepakseri.blogspot.com/


Tima kasih kepada aie btindak sebagai assistant gua pada masa tersebut.

Paling utama Tima Kasih kepada pasangan pengantin yang menaruh kepercayaan kepada saya untuk merakam kan detik hari bahagia anda. Sememangnya saya berasa amat bertuah dan bangga dapat merekodkan hari bersejarah anda. Terima Kasih dan Tahniah! :-)


2/17/10

Kuda Puteh

Heeee....

Bestnye......


Kalau dapat........
Gua suke gua suke.. Nyum Nyum

1/18/10

Hujung Minggu

Tak banyak benda yg dibuat setiap hujung minggu sekarang. Selain g wayang, lepaks, dok umah jerla. Bagi mengurangkan tahap kesangapan di hujung minggu, gua pun dengan rela hati tanpa ditemani sesiapa pegilah menembak 4-5 keping gambar sunset di sekitar Bandaraya ini.


Nasiblah ada budak dua orang ni teman gua. Ngam2 dorang berpancing2 plak kat laut ni yang kompom memang xder ikan. Agaknya dorang pon buhsan kot.


Ahh bosanlah gua nak stay lama2. Balik lah wei dah senja.
Komrades2 bila lu orang nak datang melawat gua? jom lah wei naik gunung!


Amer Azlan [Freelance Photographer]
rafamer0607@yahoo.com / 0192772710

1/4/10

Nasrul & Syakila




Event: Nasrul & Syakila's Wedding
Date: 26 and 27th December 2009
Venue: Likas Kota Kinabalu, Sabah


Nasrul @ Acuk ni member kenalan gua di UMS. Memang banyak pengalaman baru gua dapat masa shooting wedding dorang nih. Especially part adat resam, sanding dan sebagainya. Best jugak skali skala shooting kat lain2 tempat macam ni. Boleh dapat ilmu baru :D



Gua dapat rasa macamana penatnya dia nih nak prepare majlis ni. Dari beli daging lembu, ayam, angkut kerusi meja sampaila hantar kad jemputan (by hand, email2 x main ler) suma dia buat. Memang gua respek lar. huhuhu erk tapi penat gak bai shoot wedding lu! hahaha

Sebahagian daripada imbasan perkahwinan mereka. So tahniah kepada korang berdua!

p/s: rakan rakan komrades tak mau kew datang sini kasi sooting2 wedding. Best dow hehe :)

Amer Azlan [Freelance Photographer]
rafamer0607@yahoo.com / 0192772710
www.flickr.com/photos/nalzarema